NEGERI JOHOR.
Sebelum mendapat nama sebenar seperti sekarang, Johor telah di sebut-sebut dan terkenal di kalangan para pelayar dari Siam, Eropah, Timur Tengah dan Kerajaan sekitar Nusantara dengan berbagai nama lama sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor pada mulanya telah di kenali dengan sebutan dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor.
Dalam bahasa Siam, Johor telah disebut sebagai “Gangganu” dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai “Galuh”. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud “Batu Permata”.
Semasa Nusantara terkenal dengan perniagaan rempah ratus, para pedagang Arab juga telah datang untuk menjalankan perniagaan di sini. Dari masa kesemasa pengaruh bahasa Arab dan Islam menjadi semakin kuat dengan kedatangan para pedagang Arab ke sini.
Orang-orang Arab menyebut batu permata dengan panggilan “Jauhar”. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor lebih di kenali dan kekal sehingga sekarang.

No comments:
Post a Comment